MELAKA: SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) akan memberikan tumpuan khas operasi di 89 lokasi panas penempatan tong sampah berpusat di Melaka dalam usaha mengelakkan longgokan sampah yang tidak terkawal pada sambutan perayaan Aidilfitri minggu depan.
Pengurus Besar Korporat SWM Environment Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata lokasi berkenaan dikenal pasti sebagai kawasan berkepadatan tinggi dan kawasan tumpuan pelancong iaitu di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).
"Selain kutipan tong sampah berpusat, SWM Environment turut memberi tumpuan kepada operasi berjadual sisa domestik dan pukal, operasi berjadual pasar awam serta pembersihan pusat bandar, pantai dan tempat awam.
"Operasi khas ini akan bermula 17 sehingga 24 April melibatkan 651 tenaga kerja dan 113 jentera pelbagai kegunaan," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka bersama media dan taklimat berkaitan Strategi Operasi Hari Raya Aidilfitri di sini malam tadi.
Hadir sama Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka Khairuladha Ab Mutalib dan Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Enviroment Melaka Norariffin Nordin.
Mengulas lanjut Norlisam berkata pihaknya turut menjangka janaan sisa pepejal akan meningkat pada sambutan Aidilfitri tahun ini iaitu mencecah lebih 250,000 tan dan pemantauan serta kutipan akan ditumpukan di setiap tong berpusat yang dikenal pasti mengikut cawangan operasi.
Katanya kerjasama dan sokongan semua pihak amat diharapkan agar operasi yang dirancang ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur selain pihaknya menyarankan agar orang ramai mengamalkan kaedah pelupusan sisa pepejal dengan betul.
"Selain itu kita berharap masyarakat dapat memanfaatkan perkhidmatan kutipan tambahan seminggu sekali bagi pelupusan sisa pukal, sisa kebun dan barangan kitar semula bagi mengelakkan longgokan sampah terutama di kawasan perumahan," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata sempena sambutan Aidilfitri, orang ramai juga digalakkan untuk menyertai kempen KITARecycle untuk peluang memenangi hampir 28,000 Recycle Point (RP) yang ditawarkan menerusi Jom KITARecycle, Jom Raya! dari 1 April sehingga 31 Mei.
"Mereka boleh mendaftar sebagai ahli melalui aplikasi KITARecycle di Google Play dan Apps Store dan info lanjut mengenai program KITAReycle boleh didapati di https://kitarecycle.com," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 15 2023
Janaan sisa pepejal dijangka meningkat pada sambutan Aidilfitri tahun ini. - Gambar hiasan
Prestasi Bursa Malaysia setakat 16 Mei 2024
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Mohd Sedek Jantan berkata data Indeks Harga Pengguna (IHP) AS yang dijadual diumumkan lewat Rabu adalah penting untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) pada masa akan datang.
Prestasi ringgit setakat 16 Mei 2024
Pada penutup dagangan setakat 14 Mei 2024, ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Apa angka ekonomi suku pertama dan maknanya?
Apakah jangkaan angka ekonomi suku pertama 2024 dan apakah maknanya kepada rakyat terbanyak? Adakah penstrukturan ekonomi yang sedang dijalankan kini membuahkan memberikan kesan? Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkongsi pandangan.
Kos sara hidup meningkat, cabaran golongan muda simpan untuk haji
Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, bagaimanakah golongan mudah boleh menyimpan untuk melaksanakan ibadah haji? Bagaimana untuk mencapai keseimbangan kewangan yang diperlukan dalam mencapai hasrat berkenaan.
Singapura dijangka kekal stabil meskipun tidak lagi dipimpin keluarga Lee - Penganalisis
Seperkara yang perlu kita beri kredit kepada kepimpinan di Singapura ialah peralihan pemimpin yang sistematik.
Bumiputera berjaya bukan lagi terbatas kepada menjadi CEO - Yayasan Peneraju
Takrifan berjaya perlu ditakrifkan semula dengan memecahkan stigma bahawa kejayaan itu terbatas kepada menjadi Ketua Pegawai Eksekutif semata-mata.
AWANI Pagi: Hari Guru - Aspirasi guru celik digital
Diskusi dengan dua pendidik dari Perlis dan Johor, mengenai tema sambutan Hari Guru tahun ini, Hari Guru: Aspirasi Guru Celik Digital dalam Awani 8.30 pagi.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Piala Asia: Thailand sekat impian Malaysia ke final
Tuan rumah berada di depan seawal minit ketujuh menerusi jaringan pukulan sudut penalti Todkaew Jiratchaya.
AWANI Ringkas: Saranan kadar gaji minimum RM2,102
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Jika mereka tidak perlukan saya lagi, saya akan pergi - Bruno Fernandes
Kapten Manchester United harap pasukannya wajar 'menamatkan musim dengan cara terbaik.'
Orang ramai diminta urus sisa mercun, bunga api dengan teratur
Tindakan berkenaan akan menyebabkan tong sampah rosak akibat terbakar sekali gus menyukarkan pekerja pembersihan melupuskan sisa domestik.
KPKT arah SWM Environment laksana penambahbaikan kerja pembersihan flat TUTA
KPKT mengarahkan SWM Environment untuk melaksanakan penambahbaikan segera terhadap kerja-kerja pembersihan di flat Taman Ungku Tun Aminah.
SWM tumpu operasi khas di 89 lokasi hotspot, elak longgokan sampah tidak terkawal
Lokasi yang dikenal pasti ialah di Melaka Tengah (53 lokasi), Alor Gajah (15 lokasi) dan Jasin (21 lokasi).
Bilas, kitar semula bekas pembungkus makanan dari bazar Ramadan- SWM Environment
SWM Environment menyeru orang ramai untuk membilas dan mengitar semula bekas plastik yang menjadi bahan pembungkus makanan dan minuman di bazar Ramadan.
Mualaf kongsi cabaran berpuasa
Walaupun bukan pertama kali berpuasa pada bulan Ramadan, ia tetap menjadi cabaran buat mualaf untuk menunaikan rukun Islam ketiga itu.
UTHM-SWM Environment rintis usaha ubah sisa makanan bazar Ramadan jadi baja kompos
Projek perintis ini melibatkan empat tapak bazar Ramadan iaitu Pesta, Bindu, Taman Universiti dan Parit Raja, Batu Pahat.
SWM sedia khidmat lupus sampah pukal percuma sempena Aidilfitri
Perkhidmatan itu diberikan secara percuma khususnya kepada mereka yang ingin melupuskan barangan lama seperti almari dan peti sejuk.